RAGAM

Cerita-cerita dari bunga dinding.
Dalam kenangan. Arwah Abah pergi 10hb Jun 2012 dan arwah Abg Hatta 24hb Ogos 2014. Damailah disana. Moga Tuhan menempatkan bersama mereka yang dikasihinya.

.
.

Waktu-waktu Abah hampir menemui ajal, Abg Hatta adalah orang yang datang, bawa Wak Mah datang lawat adik lelakinya ini kali terakhir. Tak sangka hari raya kedua tahun ini adalah hari terakhir kitaorang sekeluarga bersua dgn Abg Hatta pula. 

.
.

Kita pun, sebenarnya menunggu giliran. Al fatihah.

Dalam kenangan. Arwah Abah pergi 10hb Jun 2012 dan arwah Abg Hatta 24hb Ogos 2014. Damailah disana. Moga Tuhan menempatkan bersama mereka yang dikasihinya.

.
.

Waktu-waktu Abah hampir menemui ajal, Abg Hatta adalah orang yang datang, bawa Wak Mah datang lawat adik lelakinya ini kali terakhir. Tak sangka hari raya kedua tahun ini adalah hari terakhir kitaorang sekeluarga bersua dgn Abg Hatta pula.

.
.

Kita pun, sebenarnya menunggu giliran. Al fatihah.

Hujan Yang Selalu Mengilhamkan.

Saya tak pasti adakah musim hujan bermula dua minggu yang lepas hingga kini melanda seluruh Malaysia atau cuma pantai barat Semenanjung Malaysia. Tetapi, manusia yang tak tahan dengan kepanasan pastilah mencintai musim hujan ini. Dingin, mendung, angin, titis hujan renyai, lebat, sesekali ribut, petir, kilat. Hilang akal ya saya mencintai semua ini, haha. Saya juga mencintai matahari, gandingannya harus dusun, hutan atau sungai serta pantai. Oh jauh benar saya pergi.

Musim hujan telah meredakan hati saya yang cepat panas dek beberapa hal. Paling penting, musim hujan ini, saya lebih banyak duduk diam dan memikirkan banyak hal. Saya mahu bercuti dari aktiviti luar dua hingga tiga bulan, saya perlu memperbetul diri, menambah bacaan, mengasah fikiran, bertenang dan mendalami jiwa sendiri. Saya rasa perkataan tua adalah subjektif, ia tak semestinya peningkatan umur dan rupa fizikal semata, tetapi dalam tahap-tahap dan keputusan-keputusan yang perlu saya ambil. Nah, kawan saya kata, benda seperti ini orang fikir umur 30 40 nanti, tapiii saya tak mahu terlewat. Saya juga tak tahu apa perkara yang saya kejarkan hingga kadang-kadang apa yang saya kerjakan begitu kabur. 

Dalam musim hujan kali ini, semuanya bercampur baur, kenangan lalu, persoalan demi persoalan, persoalan saya juga berat; mengenai agama, Tuhan, fiqh, tentang kemenjadian, sejarah tamadun bangsa, kerisauan saya tentang masa depan, perang, keselamatan makanan, keselamtan anak-anak, situasi kanak-kanak masa depan, politik yang meresahkan, skil mandiri saya yang tak seberapa, hal-hal ikatan  serta pekerjaan yang perlu diselesaikan segera, hal-hal luar yang mendesak, menjadikan saya sampai di titik paling tak selesa. Tetapi dalam resah, ada manisnya, musim hujan ini otak saya bertindak pintar segar, dan ada perkara pahit yang mengajar saya sungguh-sungguh supaya idea ini timbul dan mula mencoret untuk meyiapkan kertas kerja. 

Sebenarnya entah kenapa semangat saya luntur dan saya makin kurang motivasi. Tetapi hujan datang, walau dalam sejuk, basah dan gelap, saya tetap tahu, matahari akan muncul lagi. Oleh kerana itu saya amat mencintai nikmat hujan yang Tuhan berikan ini. Cuti saya akan tetap cuti kecuali mengajar anak-anak. 

Pesan Stan yang dititip dari jauh, 

"Kawan, kalau kau lelah, bersandarlah pada pohon, hirup air madu mu, makan secebis roti pedas dan renunglah sebab-sebab lelah dan letih itu, barangkali, selepas itu pecutan perjalananmu dua kali ganda. Berdoalah untuk kesejahteraan bonda dan bapa mu. Pinta lagi kemaafan mereka untuk ketenangan abadi mu." 

Dan saya akhiri entri ini dengan lelehan air mata, entah gembira entah duka saya pun tidak pasti. Ah, saya perlu sihatkan badan segera untuk trip akhir tahun yang gila-gila!